Semakin kurus! Presiden UMNO sempat usik Noraini -“Ada cucuk-cucuk ke?”

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 10:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bukan sahaja isu politik yang menjadi perhatian sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, tetapi penampilan beberapa pemimpin parti turut mencuri perhatian.

Antara yang tidak terlepas daripada perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ialah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang dilihat semakin kurus.

Image from: Semakin kurus! Presiden UMNO sempat usik Noraini -“Ada cucuk-cucuk ke?”

Ada ambil suntikan ke?

Ketika menyampaikan ucapan penangguhan PAU 2026 hari ini, Ahmad Zahid sempat mengusik Noraini dengan bertanyakan sama ada beliau ada mengambil suntikan tertentu untuk menurunkan berat badan.

“Daripada macam ini, jadi macam ini (sambil membuat perbandingan antara ibu jari dan jari kelingking). Ada cucuk-cucuk ke? Tak Ozempic ke Mounjaro (merujuk suntikan yang boleh menurunkan berat badan).
“Sebenarnya, saya cuba (suntikan). Itu sebab saya tahu. Saya cuba Ozempic, Mounjaro, Reta (Retatrutide).
“Bukan saya nak, Kak Midah yang suruh (merujuk isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis). Tak turun-turun pun (berat badan), tidak ada,” katanya.

Image from: Semakin kurus! Presiden UMNO sempat usik Noraini -“Ada cucuk-cucuk ke?”

Dalam pada masa yang sama, Noraini yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi turut dinasihatkan Ahmad Zahid supaya melebihkan makan agar kelihatan lebih kuat.

Gurauan tersebut mencetuskan suasana santai ketika Ahmad Zahid menyampaikan ucapan penangguhan PAU 2026.

Sejak kelmarin, penampilan Noraini sememangnya menjadi perhatian termasuk di media sosial apabila beliau dilihat lebih kurus berbanding sebelum ini.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved