PAU 2026: Ucapan pergulungan Presiden UMNO tiup semangat baharu

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 9:41 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PAU 2026: Ucapan pergulungan Presiden UMNO tiup semangat baharu

KUALA LUMPUR: Ucapan pergulungan perbahasan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 hari ini disifatkan berjaya menyuntik semangat baharu kepada seluruh perwakilan parti.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, mesej disampaikan Timbalan Perdana Menteri itu bukan sahaja memberi impak positif, malah membolehkan para perwakilan pulang ke bahagian masing-masing dengan penuh iltizam dan harapan.

“Ucapan pergulungan Presiden hari ini sangat memberangsangkan. Kita dapat lihat perwakilan dari seluruh negara amat gembira dan pulang dengan penuh harapan.

“Semoga ini menjadi satu pembakar semangat kepada semua perwakilan di seluruh pelusuk negara,” katanya ketika ditemui selepas sesi penggulungan PAU 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Nurul Amal turut menzahirkan harapan agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus mendapat dukungan, sokongan serta doa daripada seluruh rakyat Malaysia bagi memastikan parti keramat itu kekal kukuh dalam mendepani cabaran politik semasa.

Menurutnya, sokongan padu daripada rakyat adalah penting bagi memastikan BN terus melakar kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. – UTUSAN

The post PAU 2026: Ucapan pergulungan Presiden UMNO tiup semangat baharu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved