Semakin Seksi Sejak Badan Sudah Kurus, Norreen Iman Dikecam Netizen Kerana Pakai Baju ‘Crop Top’

Entertainment
9 Jun 2023 • 8:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Norreen Iman - Gambar Instagram

Pempengaruh media sosial dan pelakon yang semakin meningkat naik, Norreen Iman telah dikecam netizen gara-gara penampilan seksinya.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik oleh pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu, dia telah berkongsi momen ketika menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke 9.

        View this post on Instagram                      

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen sehingga mengundang kecaman adalah baju yang dipakai oleh Norreen yang menampakkan sebahagian daripada perutnya.

“Nak tunjuk kurus punya pasal sampai pakai baju macam tu, macam tak ada otak”, komen salah seorang pengguna Instagram. 

image is not available

Tidak melatah dengan komen berkenaan, Norreen dilihat telah membalas komen itu dengan memberikan emoji ‘mini love’ serta telah ‘pinned’ komen berkenaan. 

Rata-rata netizen kelihatan kesal dengan Norreen yang semakin seksi setelah berjaya menurunkan berat badan. Ada yang berharap agar dia tidak kurus supaya dia tidak berpakaian seksi. 

image is not available

Norreen juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa ‘body shaming’ netizen yang mempertikaikan selulit di bahagian perutnya. 

Disebalik kecaman yang bertubi-tubi, ada juga yang memuji Norreen kerana berjaya menurunkan berat badannya. 

Rakan-rakan  selebriti juga dilihat meninggalkan komen ucapan selamat ulangtahun buatnya. – Getaran, 9 Jun 2023