Semalam ditemubual Kosmo!, pagi ini Udin sudah pergi- Ibu

14 Nov 2026 • 11:03 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Semalam ditemubual Kosmo!, pagi ini Udin sudah pergi- Ibu

PETALING JAYA- Usaha Kosmo! untuk membantu seorang pelajar cemerlang yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 berakhir apabila remaja yang menghidap kanser tulang tahap 4 itu dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Menurut ibunya, Nurul Huda Ruslan, 43, anak ketiganya itu meninggal dunia ketika berada di rumah dan kejadian itu disedarinya selepas terjaga dari tidur untuk mengerjakan solat subuh.

“Ketika bangun tidur untuk solat, saya pergi melihat dia dan Udin sudah tiada.

“Bagaimanapun, pada pukul 1 pagi ketika adiknya bangun untuk memberi abangnya minum air, Udin masih bernafas ketika itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Katanya, anaknya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas solat zohor.

Semalam, Kosmo! berkesempatan menemubual Udin atau nama Muhammad Dhiya Uddin Mohd. Najib bagi melaporkan kisahnya yang terpaksa membatalkan hasrat menduduki SPM 2026 selepas menghidap kanser tulang tahap 4.

Allahyarham yang merupakan antara pelajar harapan SPM 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Klang disahkan menghidap penyakit itu pada Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Semalam ditemubual Kosmo!, pagi ini Udin sudah pergi- Ibu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved