Semarak Merdeka: Lepak Lorong Temerloh dibanjiri kibaran Jalur Gemilang

29 Aug 2026 • 9:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Semarak Merdeka: Lepak Lorong Temerloh dibanjiri kibaran Jalur Gemilang

​TEMERLOH: Suasana malam di Lepak Lorong dan Pasar Anak Muda di sini bertukar meriah apabila dibanjiri kibaran Jalur Gemilang sempena Program Serahan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

Program yang dianjurkan menerusi kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Temerloh, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Pahang dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Pahang itu bertujuan memupuk semangat patriotisme dan memperkukuh rasa cinta kepada negara dalam kalangan masyarakat setempat.

Timbalan Pengerusi PGSM Pahang, Abdullah Hakim Ahmad berkata, penganjuran program seumpama itu bukan sekadar perayaan tahunan, sebaliknya menjadi platform penting menyemai kefahaman tentang erti kemerdekaan sebenar.

​”Sambutan bulan kemerdekaan ini sewajarnya dihayati dengan pemikiran mendalam tentang nilai perjuangan pejuang negara, bukan sekadar simbolik kibaran bendera semata-mata.

​”Menerusi tema ‘Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati’, kita mahu menegaskan bahawa kesejahteraan dan keamanan yang dikecapi hari ini adalah hak bersama seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang,” katanya di sini hari ini.

Abdullah Hakim berkata, penglibatan aktif pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat membuktikan kebersamaan rakyat dalam memperkukuh nilai hormat, kasih sayang serta tanggungjawab bersama demi kemakmuran negara.

“​Menerusi edaran Jalur Gemilang kepada pengunjung dan peniaga di sekitar Pasar Anak Muda, diharap mesej perpaduan dan semangat Malaysia Madani dapat terus diserapkan dalam jiwa generasi muda,” katanya. – UTUSAN

The post Semarak Merdeka: Lepak Lorong Temerloh dibanjiri kibaran Jalur Gemilang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved