“Sembang Bukan Main Lagi” – Abby Abadi Diugut Supaya Diam? Tuan Badan Bidas Balik

Entertainment
6 Sep 2025 • 9:51 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Abby Abadi

Pelakon dan usahawan popular, Abby Abadi sekali lagi mengundang perhatian apabila berkongsi foto bersama anaknya, Marissa Dania.

Dalam hantaran itu, Abby memuat naik kapsyen menyatakan anaknya itu sentiasa berada di fikirannya. Beliau berharap anaknya itu menemui jalan penyelesaian yang sewajarnya.

“Mari la kalau berani”

image is not available

Abby turut memberi pesanan ringkas kepada individu yang didakwa memintanya untuk berdiam diri.

Ada orang tu kata suruh saya diam. Kalau saya tak diam, dia yang akan diamkan. Ok TRY ME! Sembang bukan main lagi walhal satu benda pun tak boleh nak selesaikan… mari la kalau berani.

Kenyataan pedas itu membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah individu yang dimaksudkan Abby.

Ramai mendoakan agar beliau terus kuat menghadapi dugaan dan berharap segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik.

Pssttt! Luahan Abby kali ini jelas menunjukkan bahawa beliau tidak takut bersuara, malah berani membidas balik sesiapa sahaja yang cuba menutup suaranya. Apa pun, semoga Abby terus dilindungi dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi cabaran hidupnya.

Kredit: Instagram Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.