Sembcorp terima kelulusan bangunkan projek tenaga solar 300MW bekal elektrik dari Malaysia ke Singapura

LocalEnvironment
7 Aug 2026 • 4:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sembcorp terima kelulusan bangunkan projek tenaga solar 300MW bekal elektrik dari Malaysia ke Singapura Image from: Sembcorp terima kelulusan bangunkan projek tenaga solar 300MW bekal elektrik dari Malaysia ke Singapura hamden07/08/2026 - 16:05 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Syarikat utiliti Singapura, Sembcorp Industries Ltd., menerima kelulusan bersyarat daripada Lembaga Pemasaran Tenaga (EMA) Singapura bagi membangunkan projek tenaga boleh diperbaharui (TBB) berkapasiti 300 megawatt (MW) yang akan membekalkan tenaga elektrik dari Malaysia ke republik itu.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, Sembcorp berkata, projek berkenaan akan disokong oleh sistem fotovolta solar terapung dengan potensi kapasiti puncak kira-kira 2.2 gigawatt (GW), selain dilengkapi sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) berkapasiti 4.3 gigawatt-jam (GWh).

 

 

 

 

 

 

Menurut syarikat itu, gabungan kemudahan solar terapung dan penyimpanan tenaga berskala besar itu bertujuan memastikan bekalan elektrik yang lebih stabil dan boleh dipercayai bagi memenuhi keperluan tenaga Singapura.

 

Projek berkenaan dijangka mula beroperasi pada 2029.

 

 

 

 

 

 

Bagi merealisasikan pembangunan itu, Sembcorp akan bekerjasama dengan KPRJ Environment, sebuah syarikat milik kerajaan negeri Johor, serta Qua Energy.

 

Kelulusan bersyarat itu merupakan satu lagi perkembangan penting dalam usaha memperkukuh perdagangan tenaga rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura, sejajar aspirasi kedua-dua negara untuk mempercepatkan peralihan kepada sumber tenaga yang lebih bersih. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved