Sembilan Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini

12 Sep 2025 • 5:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sembilan Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 8 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.

Manakala seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka hujan.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim. Manakala di Pulau Pinang hanya di Seberang Perai Utara.

“Bagi Perak, kawasan yang diramal hujan seperti Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Sementara di Kelantan, beberapa daerah turut diramal hujan antaranya Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang.

“Di Terengganu, daerah yang terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang. Selain itu, di Pahang pula termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan.

Selangor pula melibatkan dua daerah seperti Hulu Selangor dan Gombak.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru dan Miri) .

“Manakala di Sabah seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” maklum METMalaysia dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid05WRYUf7sKik6igzjk4UU6DrNW3YDDHJLjedyjF99zoH6GpwQXbFqFJbium8k5HrBl