Sembilan restoran di Kota Kinabalu dan dua di Sandakan diarah tutup

18 May 2023 • 1:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sembilan restoran di sekitar Polytechnic Commercial Centre (PCC) di sini dan dua di Sandakan diarah tutup di bawah Operasi Bersepadu Akta Makanan 1983, Selasa lepas.

Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Dr Prabakaran Dhanarah, berkata pihaknya turut mengeluarkan 11 lagi notis kepada pemilik atau wakil premis serta pengendali makanan atas pelbagai kesalahan lain.

“Operasi ini dilaksanakan bagi memastikan premis makanan mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Dalam operasi ini, sebanyak 15 premis makanan telah diperiksa dan sembilan daripadanya telah diarahkan tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 setelah didapati tidak bersih,” katanya selepas menyertai operasi itu di sini

SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more Beliau menambah, notis yang dikeluarkan adalah di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 kerana pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pemilik premis dan pengendali makanan yang diperiksa.

“Antaranya, kegagalan mendaftarkan premis makanan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengendali makanan tidak menjalani latihan pengendali makanan, tiada suntikan anti-tifoid dan isu pakaian pengendali makanan.

“Selain itu, pemilik premis didapati gagal mematuhi kehendak berhubung dengan kewajipan mengekalkan premis bersih dan bebas daripada sampah, makhluk perosak seperi tikus dan lipas,” katanya.

Operasi yang dilaksanakan secara bersepadu diketuai oleh Unit Inspektorat dan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan dan turut disertai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dr Prabakaran berkata, DBKK dan KPDN antara agensi yang turut mengeluarkan notis kompaun terhadap premis yang diperiksa.

“Kedua-dua agensi masing-masing mengeluarkan sebanyak 13 dan satu kompaun atas pelbagai pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh pemilik premis,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan semua pemilik premis sentiasa peka terhadap aspek kebersihan premis makanan seperti yang terlakluk dalam peruntukan undang-undang.

“Kita akan terus menjalankan aktiviti pemeriksaan terhadap premis makanan di seluruh Bandaraya Kota Kinabalu bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya kesihatan dan penipuan terhadap penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara berkaitan dengannya,” katanya.

Sementara itu di SANDAKAN, dua premis makanan di sini diarah tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 menerusi pemeriksaan Operasi Bersepadu Akta Makanan 1983 - Bersih, Selamat dan Terjaga (BEST) yang dilaksanakan sekitar daerah itu Selasa lepas.

Pegawai Kesihatan Kawasan (PKS) Sandakan, Dr.Johari Awang Besar, berkata penutupan dibuat selepas pemeriksaan mendapati pengendali dan pemilik premis itu gagal memastikan ia dalam keadaan suci dan bersih.

“Premis-premis itu boleh beroperasi seperti biasa sekiranya pemeriksaan semula mendapati ia telah ditambah baik dan semua peraturan berkaitan dipatuhi,” katanya dalam kenyataan, Selasa lepas.

Tiga belas kompaun turut dikeluarkan ketika operasi itu kerana kegagalan mematuhi beberapa perkara termasuk sijil kesihatan dan pakaian pekerja.

Empat pasukan melibatkan 30 petugas masing-masing 16 penguatkuasa PKS Sandakan, lapan PDRM, dua penguatkuasa KPDN dan empat dari Majlis Perbandaran Sandakan melaksanakan operasi bersama itu. 22 premis telah diperiksa. BEST dilaksanakan serentak di seluruh Sabah Selasa lepas.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.