Sembunyi lebih 1kg syabu dalam pakaian dalam wanita

1 Jul 2026 • 3:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Sembunyi lebih 1kg syabu dalam pakaian dalam wanita

TAWAU: Seorang petani lelaki warga Indonesia yang memakai pakaian dalam wanita bagi menyembunyikan sejumlah 1,078.9 gram dadah dua tahun lalu, dihukum penjara seumur hidup dan disebat 12 kali oleh Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.

Amriadi, 40, dijatuhkan hukuman itu oleh Pesuruhjaya Kehakiman Steve Ritikos pada prosiding keputusan di akhir pembelaan kes tersebut.

Dalam penghakimannya, mahkamah mendengar hujah kedua belah pihak dan mengambil kira fakta bahawa tertuduh ditangkap bersama dadah yang disembunyikan di tubuh badannya dan sedang cuba keluar dari Malaysia melalui Terminal Feri Tawau.

Katanya, tindakannya itu menunjukkan tekad keberaniannya untuk melanggar undang-undang, meskipun menyedari risiko akan ditangkap penguatkuasa.

Mahkamah memerintahkan Amriadi menjalani hukumannya berkuatkuasa dari tarikh tangkapan pada 11 Oktober 2024.

Berdasarkan pertuduhan, bapa seorang anak itu didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1,078.9 gram di tempat pemeriksaan penumpang, Jeti Terminal Feri Tawau sekitar jam 9.45 pagi pada 11 Oktober 2024.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39b(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Jhesseny P. Kang dalam mitigasinya memohon anak guamnya dijatuhkan hukuman ringan memandangkan kes ini adalah kesalahan pertamanya dan sudah insaf serta dia juga perlu menyara seorang anak perempuan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif berhujah mahkamah perlu menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh dengan mengambil kira jumlah berat dadah yang dirampas sebagai faktor utama serta berleluasanya tangkapan kes berkaitan dadah.

Kes Amriadi mula dibicarakan pada 10 Mac 2026 yang menyaksikan lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dan seorang saksi pendakwaan.

Untuk rekod, Amriadi ditahan ketika pemeriksaan penumpang di Jeti Terminal Feri Tawau, di mana dadah tersebut disembunyikan di dalam seluar dalam wanita yang diubahsuai dan bengkung hitam yang dipakainya semasa pemeriksaan polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved