Seminggu Bertarung Nyawa Di ICU, Kanak-kanak Mangsa Tukul Meninggal Dunia

LocalFamily & Parenting
1 Oct 2025 • 4:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas seminggu bertarung nyawa, kanak-kanak lelaki yang cedera parah akibat dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya meninggal dunia, petang tadi.

Memetik sumber Harian Metro, berita pemergian Muhammad Ammar Muhammad Badrul, 7, dikongsikan ibu bapanya dalam hantaran status WhatsApp.

Kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir jam 3.02 petang di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).

“Assalamualaikum, anak saya Muhammad Ammar sudah kembali ke negeri asal… sama-sama sedekahkan Al-Fatihah,” tulis bapa mangsa.

image is not available

Dalam pada itu, bapa mangsa mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan anaknya sepanjang seminggu mendapatkan rawatan sejak kejadian malang itu berlaku.

Sementara itu, ibu mangsa, Nur Ayuni Mohd Kamarulzaman juga berkongsi berita pemergian anak sulungnya itu di hantaran status WhatsApp.

image is not available

Semalam, ibu bapa mangsa memaklumkan doktor telah meminta mereka untuk reda dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan selepas jantung Muhammad Ammar terhenti kira-kira 14 minit.

Sebagai ibu, beliau menaruh harapan untuk anaknya kembali sedar namun reda dan cuba menerima ketentuan takdir Allah.

Pada Khamis lepas, seorang lelaki yang disyaki memukul anak saudaranya dengan tukul di sebuah rumah kedai di Jelawat, ditemukan meninggal dunia berhampiran Pantai Melawi, Bachok. Mangsa mengalami pendarahan dan bengkak otak menerima lebih 50 jahitan.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.