“Seminggu Lagi Kita Nikah” – Bakal Suami Batal Kahwin Gara-Gara Ditolak Ajakan Berzina

Entertainment
7 Nov 2023 • 2:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Berang ajakan berzina ditolak, seorang lelaki mengambil keputusan membatalkan perkahwinan seminggu sebelum majlis. Biar betul?

Dalam hantaran TikTok, seorang gadis meluahkan rasa sedih apabila pernikahan terpaksa dibatalkan bukan kerana kantoi curang tetapi kerana enggan melakukan zina.

image is not available

image is not available

Dia turut memuat naik bukti chat menunjukkan tunangnya berusaha untuk memujuk. Tetapi dia bertegas dengan keputusan untuk menjaga perawan sehingga sah nikah.

Gadis ini memberi pelbagai alasan antaranya takutkan dosa jika mereka terlanjur berhubungan badan. Tapi tunangnya berdegil siap ugut nak buat ‘projek’ dengan wanita lain.

Astagfirullah, seminggu lagi kita nikah. Sabar sih.

Dalam cubaan memujuk, tunangnya berjanji tidak akan lari memandangkan semua persediaan dah dibuat.

Tapi kan aku tanggungjawab, bakal nikahin kamu juga ujung-ujungnya. Toh undangan udah disebar, gak mungkin aku kabur. Daripada aku HS sama orang lain? Emang kamu mau bekas orang lain?

Si gadis tetap dengan pendirian tak mahu berzina menyebabkan tunangnya membatalkan majlis dengan alasan bakal isteri tidak taat.

Kredit: Tribun News

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.