PA Founder Songlap RM400K, Kantoi Buat Kerja Kotor Lepas Minta Cerai…

19 Oct 2023 • 10:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Gara-gara duit diseleweng bekas pembantu peribadi, seorang usahawan dan juga pempengaruh kerugian sehingga RM400,000!

Usahawan itu berkata, kegiatan bekas pembantu peribadinya sejak 2001 itu akhirnya terbongkar selepas suami kepada bekas pembantunya itu bertanya tentang jumlah wang tunai yang isterinya miliki.

Tambahnya, dia tidak pernah menyangka yang bekas pembantu peribadinya yang turut pernah memegang jawatan sebagai pengurus syarikat tergamak melakukan hal tersebut kepadanya.

“Saya tak sangka dia akan ambil duit sebab sewaktu saya ambil dia kerja, dia memang susah dan terdesak nak bekerja.

“Saya sakit sampai tak boleh nak makan, jadi pembantu saya uruskan semua termasuk akaun TikTok.

“Namun, semua ini mula terbongkar selepas dia minta cerai dengan suaminya. Kemudian, suaminya datang berjumpa saya dan bertanya dari mana isteri dia dapat duit banyak.
 










image is not available