“Semoga Ada Jalan Mudah” – Ude Tarik Saman Fitnah Terhadap Intan Saleh, Izreen Azminda Kekal Teruskan Saman

11 Mar 2024 • 6:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, bekas madu pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Saleh memuat naik hantaran di Instagram memaparkan dirinya berada di hadapan Mahkamah Kuala Lumpur untuk proses mediasi.

Izreen kekal saman, Ude tarik kes saman

Difahamkan dari hantaran tersebut, Intan memberitahu bekas suaminya, Ude yang merupakan plaintif kedua telah menarik kes saman yang telah difailkan.

Namun begitu, plaintif pertama iaitu Izreen masih kekal meneruskan saman terhadap Intan.

Alhamdulillah pagi ini juga saya dimaklumkan oleh peguam saya @mahmudjumaat bahawa plaintif kedua iaitu Ude telah menarik kes..

Mohon doa dipermudahkan

Dalam pada masa yang sama, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu memohon doa daripada orang ramai agar urusannya sentiasa dipermudahkan.

Sekadar info, Izreen dan Ude sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Intan susulan mendakwa wanita itu menjaja cerita selain mewujudkan provokasi di akaun Instagram.

image is not available 3 months ago

Dakwa Intan Liana 'Berhalusinasi', Izreen Azminda Sangkal Tuduhan Ganggu Rumah Tangga 'Sebelah Sana'