“Semoga bahagia selamanya” – Netizen Puji Suami BCL Teman Ziarah Kubur Ashraf Sinclair

Entertainment
19 Feb 2024 • 4:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, pelakon serta penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari telah pun mendirikan rumah tangga dengan Tiko Aryawardhana 4 tahun selepas kematian, Ashraf Sinclair.

Terbaru, dalam posting terbaru Bunga di Instagram miliknya pelakon filem My Stupid Boss itu berkongsi dia meluangkan masa menziarahi kubur bekas suaminya iaitu Ashraf Sinclair bersama anak mereka Noah.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah suami Bunga kini, menemani mereka berdua menziarahi pusara tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

“Sedikit demi sedikit, kami reda dengan kehilangan tetapi bukan rasa cinta,” tulis Bunga di kapsyen.

Perkara itu sudah pastinya membuat netizen terharu dan rata-rata mereka memuji tindakan suami Bunga yang merupakan seorang yang bekerja dalam industri perbankan.

image is not available

Sebagai info, pasangan itu selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup di sebuah resort mewah di Bali dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat sahaja pada 2 Disember 2023.

Tiko merupakan seorang duda kepada tiga orang cahaya mata perempuan bercerai dengan bekas isteri pada 2021, Bunga pula melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selepas Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.