Suami Baru BCL Dipuji, Teman Isteri & Anak Tiri Ziarah Pusara Ashraf Sinclair

19 Feb 2024 • 6:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Suami baru BCL dipuji susulan menemani penyanyi tersebut bersama anak tirinya, Noah Sinclair menziarahi pusara allahyarham suami pertama isterinya.

Menerusi posting Instagram yang dibuat BCL atau nama sebenarnya Bunga Citra Lestari, dapat dilihat yang dia bersama anaknya dan suami, Tiko Aryawardhana, 43, menabur bunga di pusara Ashraf serta membaca surah Yasin sewaktu datang menziarah.

Sama-sama ziarah pusara allahyarham Ashraf

Dengan kapsyen ringkas, penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu seakan memberitahu bahawa dia tidak pernah meninggalkan rasa cinta kepada allahyarham suami namun sedikit demi sedikit rasa kehilangan tersebut dilepaskan.

“Little by little, We let go of loss.. but never of love,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Suami baru BCL dipuji, hatinya seluas samudara

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji keterbukaan hati Tiko yang sama-sama menemani isteri serta anak tiri menziarahi pusara insan paling istimewa buat mereka berdua.

 

image is not available

 

Suami baru BCL dipuji, didoakan dapat bahagiakan BCL dan Noah

 

image is not available

 

image is not available

Ada kata Tiko mirip Ashraf

image is not available

Keluarga Ashraf turut tinggalkan komen

Dapat dilihat yang keluarga Ashraf turut meninggalkan komen di ruangan Instagram BCL dengan menzahirkan rasa sayang terhadap keluarga penyanyi tersebut dan sentiasa mendoakan mereka.

image is not available

 

image is not available

Untuk info, pada 18 Februari lalu merupakan tahun keempat pemergian allahyarham Asharaf Sinclair yang meninggal dunia sewaktu dalam tidur pada tahun 2020.

BCL yang merupakan juri program realiti X Factor Indonesia sememangnya tidak pernah lupa rutinnya yang kerap menziarahi pusara arwah pada hari-hari penting dalam kehidupan mereka.

Sumber: Instagram Bunga Citra Lestari