Warga Asing Suka Tinggal Di Malaysia, Dedah Gaji RM5,000 Sebulan

25 Sep 2025 • 3:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki warganegara Bangladesh mendedahkan jumlah gaji yang diterimanya sepanjang menetap di Malaysia.

Dedah gaji RM5,ooo sebulan

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok @syokgeng, lelaki dikenali sebagai Anis itu menjelaskan dia menerima gaji RM5,000 sebulan dan enggan untuk pulang ke negara asal.

“Saya tak nak balik. Malaysia okay, kerja okay. Tidur okay. Malaysia semua okay. Bangladesh yang tak okay,” kata Anis.

Bagaimanapun, lelaki itu mendakwa pekerjaannya bukan suatu perkara yang mudah bahkan terpaksa bekerja selama 10 jam sehari dan sukar untuk mendapatkan cuti.

“Saya punya kerja teruk tapi saya tarak (tiada) cuti,” jelasnya.

image is not available

Namun begitu, Anis tidak memberitahu secara terperinci jenis perkerjaan yang dilakukannya ketika berada di Malaysia.

Meninjau ke ruangan komen, warganet terkejut mendengar jumlah gaji yang diterima oleh lelaki Bangladesh itu dan ada juga yang beranggapan ia setimpal degan tekanan dan suasana kerja yang penuh risiko.

Malah ada juga yang tidak menafikan bahawa pekerja-pekerja asing ini rajin dalam mencari duit dan tidak pernah memilih dalam pekerjaan.

Kerja sebab survival

image is not available

Kerja berat gaji besar

image is not available

Tak pernah cuti

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.7 juta tontonan dan menerima lebih 47,000 tanda suka.

Sumber: TikTok Syokgeng