“Semoga Dia Dapat Jodoh Dengan Lelaki Yang Dapat Bahagiakan..” – Datuk Yusof Haslam Hanya Ingin Lihat Puteri Sarah Gembira

27 Dec 2023 • 10:52 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penerbit filem terkemuka Datuk Yusof Haslam tidak mahu masuk campur dan hanya akan mendoakan yang terbaik untuk menantunya yang tersayang, Puteri Sarah Liyana.

Baginya, soal jodoh itu biarlah takdir yang menentukan dan dia sebagai bapa, hanya mendoakan agar Sarah disatukan dengan lelaki yang dapat memberi kebahagiaan dan dapat menjaga Sarah serta cucu-cucunya kelak.

Soal siapa jodohnya, biarlah dia yang buat pilihan. Kami tidak mahu campur dalam hal ini.

Cuma, kami mendoakan yang terbaik. Semoga Puteri Sarah mendapat jodoh dengan lelaki yang dapat membahagiakan dia dan anak-anaknya.

Berikut merupakan respon menerusi kiriman mesej ketika ditanya oleh sumber. Datuk Yusof Haslam dan isterinya Datin Patimah Ismail yang sering menyatakan rasa rindu dan sayang serta selalu mendoakan kebahagiaan menantu mereka ini bukanlah sesuatu yang asing lagi. Hal tersebut sering terlihat di media sosial lagi-lagi menerusi hantaran Patimah di Instagram.

Terdahulu, Puteri Sarah kembali tular apabila dirinya terlihat sedang menangis di bahu rakan karibnya Andi Arsyil ketika siaran langsung baru-baru ini. Sejak itu, semakin ramai mula mempersoal keistimewaan hubungan mereka berdua.

image is not available 2 months ago

"Papa Mama Tetap Anggap Sarah Menantu Kami.." - Puteri Sarah Rindu Yusof Haslam & Datin Patimah