Semoga Harimau Malaya tidak perlukan masa tambahan – PM

LocalFootball
5 Oct 2026 • 10:35 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Semoga Harimau Malaya tidak perlukan masa tambahan – PM

PETALING JAYA: Perdana Menteri berharap skuad bola sepak negara iaitu Harimau Malaya akan memperoleh kejayaan dalam perlawanan menentang Vietnam pada petang ini di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seluruh rakyat Malaysia bersama semua pemain yang akan berjuang pada pukul 5 petang ini.

“Selamat maju jaya buat skuad Harimau Malaya dalam perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Vietnam. Berjuang dengan penuh semangat dan berikan yang terbaik demi lencana di dada. Rakyat Malaysia bersama kalian.

“Semoga perlawanan ini tidak perlukan bantuan masa tambahan yang terlalu panjang,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Aksi menentang Vietnam itu menjadi peluang terakhir Harimau Malaya untuk menamatkan kempen Piala ASEAN dengan penamat positif selepas gagal melangkah ke final. – UTUSAN

The post Semoga Harimau Malaya tidak perlukan masa tambahan – PM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved