Harimau Malaya menang, tiada cuti umum ya – PM

LocalFootball
5 Oct 2026 • 8:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Harimau Malaya menang, tiada cuti umum ya – PM

PETALING JAYA: Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara, Harimau Malaya yang berjaya meraih tempat ketiga dalam saingan FIFA ASEAN Cup 2026.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu selepas Harimau Malaya menundukkan Vietnam dalam kemenangan 1-0.

Beliau berkata, prestasi pemain negara juga cukup memberangsangkan apabila menamatkan saingan tanpa kalah dan tanpa bolos.

“Terima kasih kepada seluruh pemain dan barisan kejurulatihan atas kesungguhan dan semangat juang demi lencana di dada.

“Terus melangkah, terus berjuang dan harumkan nama negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar turut berseloroh dengan meminta rakyat Malaysia bekerja esok

“Tiada cuti umum ya, termasuk buat warga luar yang bekerja di Malaysia. Esok kerja seperti biasa,” katanya.

Terdahulu, Fergus Tierney muncul wira Harimau Malaya apabila jaringan pada separuh masa kedua membantu Malaysia menewaskan Skuad Naga Emas tersebut.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan pengendali sementara, Tan Cheng Hoe menamatkan kempen di tempat ketiga sekali gus memastikan Harimau Malaya tidak pulang dengan tangan kosong selepas terlepas peluang ke final. – UTUSAN

The post Harimau Malaya menang, tiada cuti umum ya – PM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved