
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebut sahaja nama Amerul Affendi, pasti ramai yang mengenali pelakon berbakat besar yang sering tampil di dalam filem-filem aksi tempatan.
Dalam kebanyakan filem yang dilakonkannya, Amerul sering diamanahkan untuk memegang watak sebagai penjahat.
Maka tidak pelik jika ada yang melihat Amerul pasti akan teringat watak-watak jahat yang pernah dilakonnya seperti dari filem Polis Evo, Paskal dan banyak lagi.
Tular Amerul Affendi sertai program Rehlah Islahiyyah
Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan pelakon itu menyertai program Rehlah Islahiyyah atau ‘kembara penyucian jiwa’.
Program anjuran Maulana Helmi itu dipercayai diadakan di Madrasah An Nabawiyah Pulau Tawar, Jerantut Pahang pada 13 hingga 16 Mac lalu.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @abukhaleef2, Amerul dilihat memberi sedikit ucapan dipercayai ketika majlis penutup program berkenaan.
Amerul sebak kongsi pengalaman sertai program
Dalam video tersebut, kelihatan Amerul sangat sebak perkongsi pengalaman yang dilaluinya selama 4 hari 3 malam menyertai program itu.
Menurut pelakon itu, pada awalnya dia berhasrat datang ke madrasah itu untuk berpuasa pada 15 hari yang pertama.
“Penuh rasa membuak-buak untuk beramal, dapat lupakan sebentar kesibukan kerja dan masalah di luar bila dapat bersama di sini sebab kita hanya ada hari bercerita tentang kasih sayang Allah SWT, kasih sayang Nabi Muhammad SAW,” katanya.
Beliau turut menitip harapan agar segala perkara yang telah diamalkan mereka sepanjang mengikuti program itu dapat diteruskan dan kekal istiqomah.
MasyaAllah, selalu tengok Amerul Affendi dalam TV, mesti pegang watak penjahat. Tapi kali ni jumpa depan2, baik sangat orangnya. Macam sesuai pula pegang watak hero lepas ni. Doakan kami semua istiqomah, semoga Allah swt teguhkan pendirian kita semua dia atas jalan yang diredhaiNya. #dakwah #rehlah #khuruj #artis #hijrah @maulanahelmiofficial @Amerul Affendi @KsetKuantan
Netizen beri pelbagai reaksi
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video itu.
Kebanyakan orang mengakui meminati Amerul dan memuji lakonannya yang hebat setiap kali membawa watak yang diberikan.
Tidak kurang juga warga-warga TikTok yang turut berminat untuk menghadiri Program Rehlah Islahiyyah ini nselepas melihat Amerul Affendi menyertainya





![“Layanan Tip-Top Tak Kira Bangsa” – Guru SJKC Sanggup Berpayung Bantu Murid Ketika Hujan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)

![“Sanggup Berhimpit Lelaki Perempuan” – Aksi Pelanggan Rebut Stok Kuih Raya Jadi Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)

![Wanita Kongsi Momen Iftar Sebelah Menteri Pendidikan Undang Pelbagai Reaksi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)