Sempat Bersalaman Dengan Keluarga, Pemandu Lori Tangki Mengaku Tak Bersalah Sebabkan Kematian Dua Beranak

18 Aug 2026 • 12:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pemandu lori tangki yang didakwa menyebabkan kematian dua beranak dalam kemalangan di Jalan Temerloh-Triang sempat bersalaman dengan ahli keluarganya sebelum prosiding bermula di Mahkamah Majistret Temerloh, hari ini.

Norazlan Mahayuddin, 37, dilihat menghampiri ahli keluarganya yang berada di dalam kamar mahkamah sebelum bersalaman dengan mereka.

Advertisement

pemandu treler

Tidak lama kemudian, Norazlan mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Anis Adlina Abu Johan.

Mengikut kertas pertuduhan, Norazlan didakwa memandu sebuah lori tangki secara berbahaya selepas mengambil kira keadaan serta saiz jalan dan keadaan kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku di lokasi kejadian.

Perbuatan itu didakwa menyebabkan kematian Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan anak lelakinya, Muhamad Fattah Aisy Naufal Saifulnizam, 12.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang sekitar pukul 4 petang pada 14 Ogos lalu.

Norazlan didakwa bagi kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tak Ada Rupa Kereta Dah..” – Ibu, Anak Maut Dalam Nahas Kereta Bertembung Lori Tangki Bawa Diesel Di Temerloh

Jika sabit kesalahan, peruntukan tersebut membawa hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000.

Mahkamah Benarkan Jaminan RM10,000

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amal Razim Alias, manakala Norazlan diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mazieera Ra Sharifudin.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan, manakala 1 Oktober depan ditetapkan untuk sebutan semula kes, penyerahan dokumen dan lantikan peguam. – Utusan Malaysia

Terdahulu, tragedi berkenaan berlaku apabila kereta dinaiki Nur Fatima dan anaknya terlibat dalam kemalangan dengan lori tangki yang membawa 32,000 liter bahan api di Jalan Temerloh-Triang.

Kedua-dua mangsa terkorban selepas kenderaan mereka terbakar dalam nahas tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Sempat Bersalaman Dengan Keluarga, Pemandu Lori Tangki Mengaku Tak Bersalah Sebabkan Kematian Dua Beranak2026-08-15 08:55:08

"Tak Ada Rupa Kereta Dah.." - Ibu, Anak Maut Dalam Nahas Kereta Bertembung Lori Tangki Bawa Diesel Di Temerloh

The post Sempat Bersalaman Dengan Keluarga, Pemandu Lori Tangki Mengaku Tak Bersalah Sebabkan Kematian Dua Beranak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved