Sempena ‘anniversary’ ke-25, suami pakai baju Melayu jemput isteri pulang dari kerja

LocalEntertainment
5 Feb 2025 • 8:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Tular di media sosial seorang warga emas memakai baju Melayu lengkap bersampin dan songkok ketika menjemput isteri tersayang pulang dari tempat kerja.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @nurieeana di laman TikToknya, warga emas itu bertindak demikian bersempena ulang tahung perkahwinan mereka yang ke-25 tahun.

Dalam perkongsian terbabit, dapat dilihat si isteri tersenyum bahagia sewaktu melihat penampilan segak suaminya yang memakai baju Melayu berwarna kuning membonceng motosikal.

Suami pakai baju Melayu

@nurieeana

Suami dtg pakai baju melayu siap bersampin jemput isteri balik kerja sempena anniversary ke 25 tahun. Semoga bahagia hingga syurga #fyppppppppppppppppppppppp #xyzbca #fyp #trending #fypシ゚viral

♬ Anugerah Terindah - Andmesh

“Sempena ulang tahun perkahwinan ke-25 tahun, suami datang pakai baju Melayu siap bersampin jemput isteri balik kerja.

“Semoga bahagia hingga ke syurga,” ujar pemilik video terbabit.

Suami pakai baju Melayu

image is not available

image is not available

image is not available

Netizen turut bahagia!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bahagia apabila melihat kemesraan pasangan merpati dua sejoli itu yang menghargai antara satu sama lain walaupun sudah dimamah usia.

image is not available image is not available image is not available

Semoga terus bahagia

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga dan segala urusannya dipermudahkan selalu.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @nurieeana