Sempena Hari Kemerdekaan Yang ke-67, Rakyat Gaza Hasilkan Mural Khas Buat Malaysia

Entertainment
1 Sep 2024 • 1:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67 yang disambut pada 31 Ogos, rakyat Gaza di Palestin turut mengucapkan Selamat Hari Merdeka buat rakyat negara ini.

Ucapan itu dibuat oleh rakyat Gaza menerusi mural yang dihasilkan oleh mereka baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram dan Youtube Cinta Gaza Malaysia menerusi video yang berdurasi lebih seminit.

Dalam video yang berdurasi lebih seminit itu, dapat dilihat, mural yang dihasilkan pada dinding runtuhan bangunan itu tertulis ‘Hari Merdeka ke-67, Palestine & Malaysia Brotherhood and Solidarity Across Borders’ berserta slogan Jiwa Merdeka.

Bendera Malaysia dan Palestin turut dilukis pada mural tersebut menggunakan cat sembur.

Rata-rata warganet Malaysia turut mendoakan agar Palestin akan mencapai kemerdekaan mereka sendiri tidak lama lagi.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.