Sempena Sarawak Regatta, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Di Kuching Selama 10 Hari

26 Oct 2023 • 1:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Notis penutupan jalan sempena Sarawak Regatta

Sempena Sarawak Regatta, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Di Kuching Selama 10 Hari. Jalan Main Bazaar dari arah jalan Gambier menuju Jalan Abdul Rahman akan ditutup selama 10 hari bermula Sabtu (28 Oktober) sehingga 5 November 2023.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, ia susulan lokasi digunakan untuk khemah kraf sempena program Regatta Sarawak sempena Festival Tebingan Kuching 2023.

image is not available
Sempena Sarawak Regatta, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Di Kuching Selama 10 Hari. Kredit: Suara Sarawak

Pada masa sama katanya, beberapa jalan akan ditutup dan dilencongkan bermula jam 7 pagi sepanjang tempoh yang telah ditetapkan.

“Jalan yang akan ditutup dan dilencongkan ialah Jalan Wayang atau Jalan Main Bazaar jadi kenderaan dari arah Jalan Tunku Abdul Rahman dilencongkan ke lampu isyarat St Marry.

“Jalan Tun Abg Hj Openg atau wawasan, lampu isyarat jalan Tabuan atau Mcdouggal (St Marry) serta susur jalan Temple ke Jalan Wayang,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau menyeru orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan agar tidak mengganggu pergerakan lalu lintas.

Jelasnya, beberapa tempat letak kenderaan akan disediakan termasuk medan letak kereta UTC, medan letak kereta Sarawak Plaza, Dewan Suarah, bangunan Tun Jugah, dan bangunan Medan Pelita.

“Pengunjung juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi tanda-tanda isyarat lalu lintas dan arahan pegawai polis yang bertugas,” tegasnya.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/jadual-penuh-regatta-sarawak-kuching-2023/

https://www.iloveborneo.my/sejarah-regatta-sarawak-sukan-air-tertua-dunia/