
PUTRAJAYA– Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah mengeluarkan notis di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 bertarikh 22 September selain suatu tempoh munasabah diberikan kepada Parti Perikatan Nasional (PN) untuk menjawab notis tersebut.
JPPM menegaskan notis tersebut bertujuan meminta PN memberikan penjelasan berkenaan aduan dilaporkan oleh Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan notis tersebut bukan keputusan pembatalan pendaftaran.
“Susulan notis tersebut, JPPM juga telah mengeluarkan perintah penggantungan di
bawah subseksyen 13(2A) Akta 832 yang menggantung semua kegiatan Perikatan
Nasional berkuat kuasa 23 September 2026.
“Perintah penggantungan ini bertujuan
untuk menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan
pertubuhannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
JPPM menyeru semua pihak agar merujuk kepada maklumat rasmi yang dikeluarkan
oleh jabatan serta mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat tidak
sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam. – KOSMO! ONLINE
The post Semua aktiviti PN digantung bermula semalam appeared first on Kosmo Online.






