Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya – Ahmad Zahid

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 1:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya – Ahmad Zahid

TANJUNG MALIM – Kepincangan yang berlaku di dalam Perikatan Nasional (PN) menyebabkan penggantungan parti tersebut oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, penggantungan tersebut kerana rungutan ataupun komen yang dihantar oleh salah sebuah parti gabungan.

“Tentunya ada beberapa kepincangan yang telah berlaku di dalam Perikatan Nasional (PN) yang menyebabkan penggantungan ini dibuat.

“Kita harap perkara ini dihadapi dengan tenang terutamanya parti-parti yang bergabung dalam PN yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” katanya dalam sidang media di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merasmikan Majlis Konvokesyen Politeknik & Kolej Komuniti Zon Tengah 2026.

“Kita harap perkara ini dihadapi dengan tenang terutamanya parti-parti yang bergabung dalam PN yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“PN mungkin mempunyai perancangan sendiri sekiranya penggantungan itu diteruskan seperti menggunakan lambang parti masing-masing,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya – Ahmad Zahid appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved