
Majlis tilawah Al-Quran atau Musabaqah Tilawah Al-Quran merupakan sebuah program di mana akan adanya pertandingan untuk mencari Qari dan Qariah terbaik disamping memuliakan ayat suci Al-Quran.
Acara ini biasanya diadakan setahun sekali di Malaysia sebelum ke peringkat antarabangsa, pun begitu Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang menjayakan program tersebut, banyak lagi negara lain seluruh dunia yang mengambil bahagian termasuklah negara jiran kita, Indonesia.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video yang tidak begitu disenangi oleh orang ramai, video berkenaan menunjukkan sebuah Musabaqah Tilawah Al-Quran yang diadakan di Indonesia diakhiri pesta ‘joget’ dengan muzik ala clubbing.
Maksiat terbuka ini berlaku dalam majlis penutup Musabaqah Tilawah Al-Quran di sebuah negeri di negara jiran. Semua berkopiah bertudung.Program baca Al-Quran, tapi ditutup dengan lagu Bara Bara Bere Bere. Umat makin tenat…Bala kalau turun, semua akan kena. Di sana ada ramai orang-orang soleh. Makin berat kerja dakwah yang mereka kena buat. Semoga Allah sentiasa beri kekuatan kepada kita untuk sentiasa mengatakan benar jika ia sebuah kebenaran. Salah jika ia sebuah kesalahan.Ya Allah, berikan kami dan mereka hidayah-MU.P/s : Jangan berikan komentar berbentuk hinaan kepada negara lain. Doakan yang baik-baik saja. Semua saudara seagama kita walau berbeza negara.
Posted by Abduh Nursalam on Sunday, June 19, 2022
“Biar betul ni?”
Video berdurasi 21 saat itu dikongsikan oleh pengguna Facebook Abduh Nursalam dan setakat ini ia telah mendapat hampir lapan ratus komen dan hampir tiga ribu shares.
Sudah pastinya, video pendek itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, ada yang kecam penganjur malah ada juga yang mengutuk tindakan mereka yang berjoget sakan itu kerana ia seakan tidak kena dengan majlis yang diadakan itu.

Semoga kita semua diberikan hidayah…
Baca: Netizen Tepuk Dahi Tengok Perarakan Bangun Sahur Macam Disko, Lelaki & Perempuan Siap Joget Bersama

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

