“Semua Di Situ Minta Teruskan” – Solidariti Zara Selit Unsur Politik? Rafidah Ibrahim Bersuara

LocalPolitics
17 Aug 2025 • 11:42 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia solidariti Zara

Selebriti, Rafidah Ibrahim tampil memberi penjelasan selepas timbul pelbagai cakap-cakap mengenai solidariti #JusticeForZara yang berlangsung baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Rafidah menegaskan program tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Respon Rafidah selepas dikecam selit ceramah politik

Beliau turut memaklumkan bahawa ramai yang hadir meminta solidariti itu diteruskan walaupun ia sudah sampai ke penghujungnya.

image is not available

Namun, Rafidah sempat menitipkan amaran kepada pihak yang tidak hadir agar tidak menyebarkan fitnah mengenai acara tersebut.

Rafidah ingatkan jangan sebar fitnah

image is not available

Sebelum ini, Rafidah pernah berdepan kecaman netizen selepas didakwa menyelitkan unsur politik ketika menyampaikan ucapan dalam solidariti yang sama.

Bagaimanapun, melalui kenyataan terbarunya ini, beliau dilihat mahu memperbetulkan persepsi masyarakat dan menepis tuduhan tidak berasas.

Pssttt! Nampaknya Rafidah Ibrahim mahu memastikan perjuangan menuntut keadilan untuk Zara tidak disalah erti. Semoga solidariti ini benar-benar kekal sebagai platform untuk mencari kebenaran, bukan medan untuk menabur fitnah.

Kredit: Instagram Rafidah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.