“Semua Di Situ Minta Teruskan..” – Isu Selit Agenda Politik, Rafidah Ibrahim Pertahankan Diri

LocalPolitics
17 Aug 2025 • 9:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, kecoh di platform media sosial luahan kesal beberapa netizen terhadap selebriti, Rafidah Ibrahim susulan ucapannya ketika hadir ke himpunan solidariti Allahyarham Zara Qairina yang berlangsung di Sogo, Kuala Lumpur.

Ramai sokong ucapan Rafidah walaupun selit agenda politik?

Difahamkan luahan marah tersebut bermula selepas Rafidah didakwa menyelitkan agenda politik sewaktu memberi ucapan, di mana ramai merasakan ia sangat tidak sensitif.

Tidak mendiamkan diri, selebriti tersebut tampil memuat naik satu hantaran status di Instagram Story dengan menyatakan solidariti #JusticeForZara berjalan dengan lancar.

image is not available

Sampaikan semua di situ minta untuk diteruskan lagi walaupun dah sampai penghujung.

Mohon berhenti sebar fitnah, Rafidah akui tak buat salah

Rafidah seolah-olah mahu memberitahu orang ramai bersetuju dengan ucapan yang diberikan pada malam tersebut dan sama sekali tidak membuat salah.

image is not available

Malah, dia turut menegaskan agar individu-individu yang tidak hadir ke himpunan tersebut untuk berhenti menyebarkan fitnah tidak benar.

image is not available 2025-08-16 17:11:24

“Siap Gelak? Dasar Menunggang!”- Didakwa Selit Agenda Politik Di Solidariti Zara Qairina, Rafidah Teruk Dikecam