
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebiasaannya, orang ramai akan pergi ke pasar raya pilihan masing-masing yang berada berdekatan untuk membeli barangan keperluan rumah. Boleh jadi secara mingguan atau pada setiap bulan.
Bukan sahaja golongan ibu bapa, malah anak juga dilihat mengunjungi tempat itu. Hal ini kerana segelintir penjaga mahu mendedahkan si kecil kepada realiti atau keadaan sebenar dalam proses jual beli.
Pun begitu, masih ada ibu bapa hanya membiarkan anak mereka melakukan sesuatu perkara sesuka hati semasa berada di sana yang sekaligus menyusahkan pihak lain.
Ada Ibu Biarkan Anak Makan Aiskrim Di Pasar Raya Sebelum Bayar
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Nisa berkongsi satu tabiat yang dilihat semakin berleluasa di kalangan orang ramai semasa berada di pasar raya atau kedai.
Menurutnya, dia menyedari ada segelintir kanak-kanak yang bertindak membuka bungkusan makanan dan makannya walaupun sebelum membuat transaksi di kaunter pembayaran.
Tambah Nisa, perbuatan tersebut sudah menjadi norma dan dibiarkan oleh ibu bapa mereka.
“Ada seorang ibu dengan dua orang anak. Anak dia dah sekolah dah pun. Siap minta izin lagi, ‘Mama adik makan aiskrim ni dulu ya? Adik makan dulu tau’. Terus bukak plastik aiskrim dan makan,” dakwa wanita berkenaan.

Lebih parah lagi apabila anak kepada Nisa mahu melakukan perkara sama selepas melihat aksi itu di depan matanya.
Walaupun si kecil mendesak mahu makan aiskrim, namun wanita ini tetap berkeras untuk membayarnya dahulu di kaunter pembayaran.
“Danish nak makan sekarang juga, dan aku pun cakap tak boleh! Kena bayar dulu baru boleh makan. Anak aku cakap, ‘Kakak tu makan je tak bayar pun’. Sebenarnya memang tak bagus langsung normalisasikan main makan barang-barang dekat pasar raya lepas tu baru bayar. Kesan dia buruk!” katanya.

Nisa dalam masa sama menjelaskan bahawa perbuatan itu seolah-olah mencuri kerana tidak membayarnya dahulu.
“Aku pun tegaskan, ‘Tak boleh! Berdosa! Kena bayar dulu baru boleh makan, nanti Allah marah’. Anak aku pun cakap, ‘Kakak tu boleh je makan, Allah tak marah pun’,” ujarnya.
Sukar Kawal Kanak-kanak Tantrum Jika Mereka Berkeras Mahu Makan Sebelum Bayar
Perbuatan membiasakan anak dengan makan dahulu baru bayar itu juga dikatakan akan memudaratkan sikap anak kecil lain yang mudah terpengaruh dan tantrum di tempat awam.
“Kalau dapat anak yang jenis kuat tantrum? Dia nak juga makan sekarang, macam mana ibu bapa tu nak kawal keadaan? Nak beli barang lagi dengan anak tantrum nak makan makanan yang belum dibayar disebabkan nampak seseorang (ibu atau bapa) yang bagi anak melakukan benda sama,” luah Nisa.
Baca Artikel Berkaitan: Anak Asyik Tantrum? Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Si Kecil Cepat Meragam
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Isu Budak Tantrum Dalam Feri, Doktor Sound Ada Lelaki Bagi ‘Tips’ Kasi Ubat Tidur Terkawal Pada Anak
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Makan Dahulu Sebelum Bayar Di Pasar Raya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberi pelbagai reaksi tentang perkara tersebut. Segelintir individu dilihat bersetuju dengan pandangan dilontar oleh Nisa.
“Terima kasih suarakan. Kita yang buka kedai makan ni dah letih. Kadang tu boleh pula sudah makan buang plastik lepas tu tak ingat ambil (produk makanan) yang mana satu. Ada yang langsung lupa lepas tu mula la bertekak cakap dia dah bayar,” kongsi seorang peniaga.
“Adab tu datang dari ibu bapa sebenarnya. Kalau ibu bapa ada adab, anak pun akan ada adab. Kalau ya pun memang nak makan dalam mart tu juga, beratur je dulu lepas tu sambung beli-belah. Sekurang-kurangnya ada resit,” kata seorang lagi wanita.
Namun ada juga sesetengah penjaga berpendapat sukar untuk mengawal kanak-kanak yang ada isu tantrum.
“Tak boleh nak ikut cakap awak. Maaf anak saya autistik. Kalau dia nak, nak juga. Kalau orang lain terikut, mak bapak sendiri kena kawal. Daripada anak saya nangis macam kena dera, baik saya bagi je,” kata seorang wanita.
Malah ada yang berkata hukum boleh jatuh haram sekiranya tidak dapat dipastikan harga makanan yang dimakan sebelum membuat pembayaran.
“Saya faham dengan kenyataan puan ni, nak kena ajar anak dari kecil jangan normalisasikan. Ajar dia bayar dulu baru makan. Teringat ada satu makcik ni beli rambutan. Selamba je dia makan buah tu katanya nak rasa tapi tahu tak hukumnya haram sebab yang dimakan tu tak ditimbang pun,” jelas seorang netizen.








Baca Artikel Berkaitan: “Elak Kena Curi Kak” – Netizen Sindir Wanita Mengadu Cashier Kedai Keluarkan Barang Dalam Beg Untuk Scan Harga
Source:

![Individu Dakwa Sisa Daging Dibuang Dalam Sungai, Netizen Persoal Tanggungjawab & Adab Korban [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/environment.jpeg)


![Betul Ke Pelukan Suami Boleh Bantu Kuatkan Imuniti Badan Isteri? Ini Penjelasannya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
