“Semua Kita Kawan, Yang Utama Ingat Family Dan Perbaiki Diri” – Nad Zainal

24 Aug 2023 • 4:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kecoh diperkatakan sejak semalam apabila pelakon Nad Zainal mengeluarkan kenyataan menjawab dakwaan kononnya sedang bermasam muka dengan rakan selebriti.

Nad Zainal berkata, fokus utamanya sekarang adalah keluarga dan tak mahu peduli mengenai rakan-rakan yang sudah hilang daripada radar.

image is not available

Lebih hangat lagi apabila selebriti, Nabila Huda mengeluarkan kenyataan tak kenal siapa Nad Zainal dan Sharifah Sakinah mahu memadam posting doa yang pernah dibuatnya setahun lalu.

Meninjau ke Instagram, Nad dilihat membalas komen netizen yang bertelagah mengenai isu hangat tersebut.

Ada netizen mendakwa Nad mengecilkan ‘circle’ rakannya kerana kini sudah bertudung. Betul ke? Ini jawapan Nad.

image is not available

image is not available

Suaminya Ungku Ismail Aziz juga ada membalas komen netizen yang memberikan kata-kata semangat buat Nad.

Namun, Nad tak menulis lanjut punca utama dia dan rakan-rakan bermasam muka. Diharapkan semuanya baik-baik sahaja!

Kredit: Instagram Nad Zainal

+ Baca artikel penuh Facebook dan Telegram Oh! Media.