Pada masa kini, masih terdapat beberapa negeri di Malaysia yang belum mewajibkan sistem pengasingan sisa di peringkat awal, khususnya Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Sistem ini adalah di mana setiap isi rumah serta pemilik perniagaan mengasingkan sisa mereka ke dalam dua kumpulan, iaitu ‘kitar semula’ dan ‘baki’ di premis masing-masing.
Sisa kitar semula termasuk kertas, plastik, kaca, tin aluminium, besi, logam, sisa elektronik, dan sisa tekstil, manakala sisa baki termasuk sisa makanan dan kotoran.
Negeri-negeri yang tinggal tersebut harus mewajibkan sistem ini secepat mungkin demi bagi penjagaan kesihatan awam serta alam sekitar secara lebih holistik.
Berikut adalah impak negatif ketiadaan sistem pengasingan sisa:
i) Kemerosotan kesihatan awam daripada pendedahan terhadap sisa toksik dan yang tidak dapat diuraikan. Sisa tersebut boleh menyebabkan penyakit seperti kerengsaan kulit, isu pertumbuhan, dsb.
ii) Pencemaran sumber air disebabkan lelehan sisa dari tapak pelupusan ke sungai-sungai berhampiran, lalu menjejaskan ekosistem dan mengancam kehidupan akuatik sumber air itu. Penduduk setempat yang bergantung terhadap sumber air tersebut pula akan terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya.
iii) Pencemaran udara disebabkan amalan pengurusan sisa yang memudaratkan seperti pembakaran terbuka. Pembakaran sebegini melepaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan karbon monoksida.
iv) Pencemaran tanah disebabkan lelehan bahan kimia daripada sisa toksik ke dalam tanah. Lama-kelamaan, ini akan merosotkan kesuburan tanah tersebut.
v) Kekangan tanah untuk dijadikan tapak pelupusan sampah kerana tapak sedia ada tidak mampu menampung jumlah sisa pepejal yang semakin bertambah.
Ini pula merupakan kepentingan mengimplementasikan sistem pengasingan sisa:
1. Mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak-tapak pelupusan.
2. Mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula, lalu meningkatkan kadar pengitaran semula dalam masyarakat tersebut.
3. Menambahbaik kesihatan awam
- Pengurangan jumlah sisa toksik dan yang tidak dapat diuraikan serta memastikan pengurusan sisa tersebut secara lebih selamat dan efektif.
- Pengasingan bekas-bekas yang boleh dikitar semula dapat mengelakkan isu takungan air dalamnya. Ini pula akan bantu menghalang pembiakan nyamuk berjangkit.
4. Mengurangkan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar.
5. Proses Waste to Energy (WTE) dapat diimplementasikan di seluruh negara. Dalam proses ini, tenaga dapat dipulihkan daripada bahan sisa yang tidak boleh dikitar semula dengan menukarkannya kepada haba, tenaga elektrik atau bahan api.
6. Penggunaan semula sisa organik bagi tujuan pengkomposan dan pembajaan.
7. Melindungi kesihatan pekerja yang mengendalikan sisa tersebut.
Ia tidak boleh dinafikan bahawa sistem pengasingan sisa pepejal di peringkat awal adalah amat bermanfaat kepada kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar negara pada jangka panjang.
Kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab penting untuk mendesak serta bekerjasama dengan negeri yang masih tidak mewajibkan sistem ini untuk mengimplementasinya secepat mungkin.
Terima kasih kerana membaca artikel saya dan sila kongsikan pendapat anda kat ruang komen! Jika anda berminat baca artikel saya yang lain, sila klik di sini.
Raveen (raveen.veerasenan@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.



