Semua Promosi Syarikat “io” Milik OpenAI dan Jony Ive Dipadam Kerana Isu Hak Cipta

TechnologyDigital
23 Jun 2025 • 8:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penghujung Mei lalu, OpenAI mengambil alih syarikat io yang menghasilkan perkakasan kecerdasan buatan milik Jony Ive. Ia dilihat sebagai usaha paling serius OpenAI untuk menghasilkan evolusi dalam dunia peranti mudah alih yang akan menggantikan telefon pintar. Laman web dan video dihasilkan sempena pengumuman tersebut.

image is not available

Tetapi sejak semalam laman tidak lagi boleh diakses dan video pengumuman dipadam daripada YouTube disebabkan oleh isu hak cipta penggunaan nama “io”. Dalam kenyataan yang diberikan kepada The Verge, OpenAI mengatakan arahan mahkamah diterima supaya sebarang penjenamaan dan pengumuman untuk io dipadam. Ini kerana isu hak cip yang difailkan oleh iyO, sebuah syarikat pemula yang menghasilkan “komputer audio” yang juga menggunakan kecerdasan buatan (AI).

image is not available
iyO One

iYO telah menjual dua komputer audio yang dipakai seperti fon telinga yang mampu memahami arahan suara yang diberikan oleh pengguna. Memandangkan kedua-dua syarikat mempunyai nama dengan bunyi yang sama serta menawarkan perkakasan AI boleh-pakai, wujud pertelagahan siapakah mempunyai hak menggunakan nama ini.