Tahun lalu Samsung Galaxy Watch Ultra dilancarkan dengan rekaan tubuh berkotak yang tahan lasak yang dipadankan dengan skrin berbentuk bulat. Sementara itu siri Galaxy Watch7 mengekalkan rekaan tubuh bulat. Tetapi tahun ini kesemua siri Galaxy Watch8 akan menggunakan rekaan tubuh berkotak Watch Ultra.

Ini adalah berdasarkan grafik yang ditemukan dalam sistem operasi One UI 8 Watch. Dua model akan dilancarkan iaitu Fresh 8 dan Wise 8 yang merupakan nama kod untuk Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, rekaan bezel berputar juga akan kembali pada Galaxy Watch8 Classic. Selain bezel berputar, grafik menunjukkan Watch8 Classic akan mempunyai tombol tambahan sama seperti Watch Ultra.
Tiada sebarang petanda untuk Watch Ultra 2 ditemukan dalam One UI 8 setakat ini memberikan petanda ia tidak akan ditawarkan dengan ia Watch8 Classic akan menjadi model jam tangan pintar paling mercu Samsung tahun ini.
