Semua warganegara berumur 18 tahun ke atas menerima bayaran RM100 sekali sahaja dari 31 Ogos-31 Dis 2025

Personal Finance
28 Sep 2025 • 7:00 PM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: Semua warganegara berumur 18 tahun ke atas menerima bayaran RM100 sekali sahaja dari 31 Ogos-31 Dis 2025
Rakyat menunjukkan keterujaan terhadap bantuan SARA berjumlah RM100 yang dikreditkan ke MyKad mereka. Foto: Zarina

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program bantuan tunai RM100 sekali sahaja (one-off) daripada Kerajaan untuk setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas melalui MyKad yang boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos 2025 sempena Hari Kebangsaan & boleh dimanafaatkan sehingga 31 Disember 2025. Penghargaan SARA merupakan usaha ikhlas Kerajaan MADANI, yang julung kalinya memanjangkan bantuan tunai untuk membeli barangan keperluaan asas kepada seluruh warganegara dewasa, dengan mengagihkan hasil reformasi kewangan awam secara saksama kepada rakyat. (https://sara.gov.my)

Image from: Semua warganegara berumur 18 tahun ke atas menerima bayaran RM100 sekali sahaja dari 31 Ogos-31 Dis 2025
Keluarga gembira kerana bantuan RM100 untuk setiap individu dewasa telah memberi manfaat kepada semua ahli kelaurga mereka, sekali gus menambah nilai bantuan. Foto: Nadja

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia, “Tiada pendaftaran atau permohonan perlu dibuat memandangkan kelayakan untuk Penhargaan SARA adalah secara automatik berdasarkan data pemegang MyKad Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan sebarang tipu helah atau scammer, memandangkan bantuan Penghargaan SARA akan disalurkan secara langsung kepada MyKad penerima. Bantuan ini boleh dibelanjakan di lebih 7,300 premis runcit yang berdaftar, termasuk makanan asas seperti beras, telur & ubat-ubatan.” (https://www.mykasih.com.my)

Kenyataan itu seterusnya menyatakan bahawa “Dengan perlaksanaan program Penghargaan SARA, jumlah keseluruhan peruntukan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & SARA telah meningkat daripada RM13 billion kepada RM15 billion bagi tahun 2025, iaitu 50% lebih tinggi daripada peruntukan RM10 billion pada tahun 2024.” (#BantuanUntukRakyat/bantuantunai.hasil.gov.my)

Impaknya jelas secara kolektif, bagi sesebuah isi rumah berpeluang menerima jumlah kredit SARA yang lebih tinggi. Sebagai contohnya, sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua anak berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima jumlah keseluruhannya RM400 dan bukan hanya sekadar sejumlah RM100.

Berdasarkan pengalaman sebenar saya dan keluarga bahawa pembelian barangan asas terpilih di 4,100 rakan niaga SARA di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, The Store, Pacific, MIlimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas. Bilangan rakan niaga SARA ini tentunya akan terus bertambah dari masa ke semasa mengikut keperluan & maklumbalas pengguna SARA. (https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list)


Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.