Motul 12 Hours of Sepang adalah perlumbaan ketahanan yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia. Acara ini terkenal dengan cabaran ekstrim yang menguji ketahanan kereta dan pemandu, diadakan selama 12 jam tanpa henti. Perlumbaan ini menyaksikan pasukan dari pelbagai negara bersaing dalam beberapa kategori seperti GT3 dan GTC. Ia juga merupakan sebahagian daripada siri perlumbaan antarabangsa yang menarik perhatian peminat sukan permotoran dari seluruh dunia. Dikenali dengan suasana yang sengit dan aksi perlumbaan yang mendebarkan, Motul 12 Hours of Sepang menjadi salah satu acara utama dalam kalendar sukan permotoran Asia.
Berikut adalah senarai pelumba Malaysia yang Beraksi di Motul 12 Hours of Sepang.
Kelas GT3:-
Kelas GTC:
Anda boleh saksikan perlumbaan secara langsung di Litar Antarabangsa Sepang (Main Grandstand) pada hari Jumaat dan Sabtu hujung minggu ini dan berilah sokongan penuh terhadap pelumba Malaysia pada perlumbaan ketahanan 2025. Jadual acara dilampirkan dalam format 24 jam (GMT +8)
Jumaat, 14 Mac 2025
- 9:10 – 10:40: Latihan Bebas 1 (FP1)
- 11:30 – 13:00: Latihan Bebas 2 (FP2)
- 15:00 – 15:15: Kelayakan - Pemandu 1
- 15:25 – 15:40: Kelayakan - Pemandu 2
- 15:50 – 16:05: Kelayakan - Pemandu 3
- 16:15 – 16:30: Kelayakan - Pemandu 4
- 16:40 – 16:55: Kelayakan - Pemandu 5
Sabtu, 15 Mac 2025
- 10:15 – 22:15: Perlumbaan
Tonton Secara Langsung: Strim Siaran Langsung YouTube
Kemaskini Catatan Masa: Keputusan Perlumbaan
Teruskan Bersama Four Wheels..!!


