
Kehadiran Aidilfitri semakin terasa. Ramai antara kita yang sudah mula membuat persiapan seawal mungkin bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan seperti tahun-tahun sebelum ini.
Dalam melaksanakan tarawih di malam hari, kuih raya sudah mula dibakar, baju raya juga sudah mula ditinjau di sebalik skrin telefon.
Namun, ada seperkara lagi yang membuatkan ramai keresahan. Pengumuman tarikh tukar duit raya 2026.
Berikut min kongsikan dengan pembaca tarikh-tarikh untuk menukar duit raya bagi tahun ini. Jangan terlepas.
Baca juga:Senarai tarikh tukar duit raya tahun 2026
Bank Islam bermula 2 Mac 2026 dengan lokasi tertentu bermula pada 9 dan 10 Mac 2026. Penukaran ini hanya tertakluk bagi pemilik akaun sahaja.
Affin Bank bermula 3 Mac 2026.
Bank Muamalat bermula 3 Mac 2026.
AmBank bermula 9 Mac 2026 dan jumlah tukaran akan ditolak dari akaun bank pelanggan.
Public Bank bermula 10 Mac 2026, dari Isnin hingga Jumaat pada jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari. Lokasi tertentu bermula pada 16 Mac 2026.
Agro Bank bermula 10 Mac 2026.
Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 10 Mac 2026 dengan tukaran wang tunai RM1 sahaja.
RHB bermula 10 Mac 2026.
Hong Leong Bank bermula 10 Mac 2026 dengan lokasi tertentu bermula 12 Mac 2026. Tukaran duit raya juga menerusi penolakan dari akaun bank pelanggan.
Maybank bermula 10 Mac 2026 dari 10 pagi hingga 1 tengah hari di cawangan tertentu sahaja.
Bank Rakyat bermula 10 Mac 2026.
CIMB bermula 9 Mac hingga 19 Mac 2026 dari 9.15 pagi hingga 11 pagi melibatkan tukaran wang tunai sahaja.
Peringatan. Senarai tarikh dan waktu yang dikongsi tertakluk kepada cawangan bank tertentu. Maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Dapatkan info lanjut menerusi cawangan bank berdekatan anda.
Semoga membantu.
