Senegal pecat jurulatih

FootballSports
12 Jul 2026 • 9:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Senegal pecat jurulatih
Pape Thiaw. Foto AFP

SENEGAL telah memecat Ketua Jurulatih, Pape Thiaw seminggu setengah selepas skuad bimbingannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia akibat tewas kepada Belgium, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik kenyataan Persekutuan Bola Sepak Senegal (FSF) pada Ahad.

FSF memaklumkan bahawa Thiaw dan keseluruhan barisan kejurulatihannya telah dilepaskan daripada tugas mereka.

Senegal tersingkir di pusingan 32 terakhir Piala Dunia itu selepas mendahului perlawanan 2-0, namun Belgium bangkit menyamakan kedudukan pada lewat permainan sebelum menang 3-2 dalam masa tambahan.

Bekas penyerang itu telah menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Jurulatih Senegal sejak lewat 2024.

Thiaw pernah mencetuskan kontroversi pada perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika Januari lepas apabila mengarahkan pemainnya keluar dari padang sebagai protes terhadap keputusan pengadil.

Pasukan itu akhirnya kembali ke padang dan memenangi perlawanan itu, namun beberapa minggu kemudian, trofi itu diberikan kepada Maghribi ekoran tindakan Thiaw.

Media melaporkan bekas pemenang Piala Dunia Perancis 1998, Patrick Vieira, antara calon yang disebut-sebut bakal mengambil alih jawatan itu. - Bernama-dpa

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved