“Sengaja Atau Tidak Sengaja, Suami Wajib Bayar Hutang Nafkah Tertunggak” - Ustaz Azhar Idrus

10 Oct 2024 • 3:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan hukum suami berhutang nafkah dengan isteri.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Azhar tampil menjawab persoalan seroang individu yang bertanyakan apakah seorang suami wajib membayar semula nafkah tertunggak selama tiga hari.

Jelas Ustaz Azhar, suami wajib membayar semula hutang nafkah yang tertunggak walaupun sengaja atau tidak sengaja melainkan si isteri menghalalkan hutang tersebut.

“Jika suami tidak memberi nafkah kepada isterinya samada sengaja atau tidak sengaja maka ia menjadi hutang yang wajib dibayar oleh suami melainkan isterinya menghalalkan hutang tersebut.

“Jika sengaja tidak diberi nafkahnya maka suami itu berdosa dan jika tidak sengaja seperti jatuh miskin maka diberi tangguh sampai dia mempunyai harta maka wajib dibayarnya ketika itu,” jelas Ustaz Azhar.