“Minta cerai sahaja, tertutup pintu syurga” – Ustaz Azhar Idrus Dedah Hukum Isteri Minta Cerai

Entertainment
27 Sep 2024 • 5:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkongsi tentang hukum isteri meminta cerai daripada suami tanpa sebab yang munasabah.

Dalam video yang tular itu, beliau turut menerangkan tentang hadis Nabi Muhammad SAW berkenaan wanita meminta cerai daripada suami tanpa ada kesalahan atau kejahatan yang dilakukan pasangan tersebut.

“Nabi kata, mana-mana isteri yang suka meminta cerai daripada suaminya dengan tiada apa-apa kesalahan atau kejahatan, maka syurga haram ke atas perempuan seperti itu.

Belum kena cerai lagi, minta cerai sahaja, maka tertutup pintu syurga. Banyaknya bini (isteri) minta cerai ini akhlak dia tak molek (bagus),” katanya.

Bagaimanapun, beliau menyatakan ada beberapa situasi yang membolehkan seseorang isteri itu untuk menuntut cerai daripada suaminya.

“Melainkan lima perkara boleh minta cerai. Nombor satu, suami tak beri nafkah. Nombor dua, suami larang buat yang wajib, larang sembahyang, larang turup aurat.

Nombor tiga, suami suruh buat yang haram. Ajak liwat, berjudi, ajak minum arak dan sebagainya. Nombor empat, suami dera, sepak terajang, ‘flying kick’ atas muka.

Nombor lima, suami kena penjara. Kebanyakan negeri di Malaysia minima tiga tahun penjara,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ustaz Azhar berkata seorang isteri perlu banyakkan bersabar untuk menjaga keharmonian rumah tangga.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.