Seni bitumen satukan penggiat seni di Galeri Shah Alam

12 May 2025 • 4:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 MEI: Pameran Tarscape: Perjalanan Ekspresi dianjurkan di Galeri Shah Alam menyatukan penggiat seni lukis khususnya melibatkan elemen bitumen.

Bagi artis berasal dari Venice, Itali Alessia Dona, karya beliau bermotifkan bunga Rafflesia, marin dan landskap itu diinspirasi dari Malaysia.

“Ini merupakan karya pertama saya menggunakan elemen bitumen. Saya berbangga menjadi salah seorang artis yang sertai pameran bitumen.

“Semua lukisan ini inspirasi daripada kehidupan di Malaysia berkonsepkan tropikal. Saya berasa sangat gembira dapat sertainya,” katanya ditemui di pameran tersebut.

image is not available
Artis dari Venice, Itali Alessia Dona bersama karya beliau ketika Pameran Tarscape: Perjalanan Ekspresi di Galeri Shah Alam pada 10 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Bagi pelakon Liza Othman pula, beliau gembira dipilih sertai pameran yang memberi fokus kepada elemen bitumen selain turut disertai adiknya Nanie Othman.

“Saya sebenarnya melukis sejak 30 tahun lalu tetapi mula fokus lima tahun lalu. Ini bukan pameran pertama namun secara peribadi Galeri Shah Alam adalah lokasi yang ‘grand’ untuk artis pamerkan hasil karya.

“Mungkin pada masa depan, saya boleh bergabung dengan adik untuk hasilkan karya bersama dengan mengaplikasi elemen bitumen,” katanya.

image is not available
Pelakon Liza Othmann bersama lukisan beliau ketika Pameran Tarscape: Perjalanan Ekspresi di Galeri Shah Alam pada 10 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Sementara itu, penulis yang juga pengumpul seni Nik Mohd Fahmee menyifatkan penganjuran pameran elemen bitumen menarik kerana ia kurang digunakan berikutan sukar dikendali.

“Saya amat tertarik dengan pameran ini kerana menggunakan bahan bitumen yang tidak menjadi pilihan artis. Penggunaan bahan pembuatan jalan ini mencabar artis dalam menghasilkan karya.

“Dengan adanya kumpulan artis ini ia sekali gus menerapkan pemahaman penggunaan bitumen kepada masyarakat,” katanya.

image is not available
Penulis dan Pengumpul Seni, Nik Mohd Fahmee (tengah) menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Pameran Tarscape: Perjalanan Ekspresi di Galeri Shah Alam pada 10 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

image is not available
Pengunjung melihat Pameran Tarscape: Perjalanan Ekspresi di Galeri Shah Alam pada 10 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR