Fattah Amin Reda Jodoh Tak Panjang, Tiada Kekesalan Berkahwin Dengan Fazura - “Saya Juga Masih Sayangkan Dia Sebagai…”

8 Oct 2024 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Fattah Amin, mengakui reda setelah jodoh bersama bekas isteri, Nur Fazura tidak berpanjangan. 

Ketentuan Tuhan 

Menurut Fattah, dia tidak menyesali ditakdirkan berkahwin dengan Fazura, namun menganggap semua ini merupakan satu ketetapan jodoh yang ditakdirkan buat mereka berdua. 

“Kita tidak tahu jodoh kita, dengan siapa yang kita akan jumpa. Sudah dijodohkan saya dengan dia, saya terima. 

“Tetapi Allah sudah tetapkan jodoh kami tak berpanjangan, sampai di situ sahaja. Saya reda.  Namun doakan yang terbaik untuk saya,”katanya. 

Selain itu, apabila disoal sama ada dia akan meneruskan usaha untuk memujuk bekas isterinya itu selepas ini, Fattah bagaimanapun selesa menyerahkan perkara itu kepada takdir. 
 


Baginya, usaha pujuk-memujuk ini harus datang daripada kedua-dua pihak. 

“Kita tengoklah macam mana sebab usaha pujuk ini tak jadi kalau cuma di sebelah pihak sahaja.

“Dia kena ada usaha daripada dua belah pihak. Saya juga masih sayangkan dia sebagai seorang insan yang pernah hadir dalam hidup,”katanya. 

Tedahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini. 

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved