Seorang Dah Meninggal Dunia, Tiga Pelakon Teater Persenda Rukun Negara Ditahan Polis

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 2:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang Dah Meninggal Dunia, Tiga Pelakon Teater Persenda Rukun Negara Ditahan Polis

Tiga daripada lima pelakon yang terlibat dalam sebuah pementasan teater pada 2018 ditahan polis susulan penularan semula rakaman persembahan yang didakwa mempersendakan Rukun Negara baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, tiga individu terbabit terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita yang ditahan beberapa hari lalu di Selangor dan Johor bagi membantu siasatan.

Advertisement

Video Teater Didakwa Persenda Rukun Negara Tular, PDRM & MCMC Digesa Jalankan Siasatan

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil serta pemeriksaan terhadap peralatan dan gajet selesai dijalankan.

“Daripada lima pelakon yang dikenal pasti, tiga telah ditangkap untuk siasatan lanjut dan diberi jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan,” katanya.

Menurut Kumar, tiga pelakon berkenaan kini masing-masing berusia 47, 28 dan 29 tahun.

Seorang lagi pelakon dalam pementasan itu dilaporkan telah meninggal dunia, manakala seorang lagi dipercayai berada di United Kingdom berdasarkan rekod imigresen.

Katanya, pengarah pementasan berkenaan juga merupakan warga United Kingdom dan dipercayai tidak lagi berada di Malaysia.

Pementasan Berlangsung Secara Tertutup Pada 2018

Kumar berkata, siasatan mendapati pementasan berdurasi kira-kira 10 minit itu berlangsung secara tertutup di Penang Performing Arts Centre, Pulau Pinang pada 2018.

Ketika pementasan tersebut berlangsung lapan tahun lalu, rakaman berkenaan tidak tular dan polis juga tidak menerima sebarang laporan berkaitan.

Bagaimanapun, video berkenaan kembali tersebar di media sosial baru-baru ini sehingga membawa kepada pembukaan siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Laporan pertama mengenai rakaman tersebut dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak pada 18 September lalu.

Tambah Kumar, pemeriksaan terhadap telefon bimbit dan gajet milik tiga pelakon yang ditahan juga tidak menemukan sebarang kandungan berkaitan pementasan tersebut.

Polis kini sedang berusaha mengesan individu yang dipercayai menularkan semula rakaman berkenaan.

“Sekarang kita sedang mengesan individu yang menularkan video itu. Kita mahu melihat antaranya alamat IP dan perkara tersebut masih dalam siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan arahan serta nasihat lanjut. – KOSMO ONLINE

The post Seorang Dah Meninggal Dunia, Tiga Pelakon Teater Persenda Rukun Negara Ditahan Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved