“Seorang diceraikan” – Pengsan Layan 2 Isteri Bertengkar Sampai Tarik Rambut, Jurulatih Mesir Masuk Hospital

19 Aug 2026 • 12:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

2 isteri jurulatih mesir bergaduh

Hasrat Jurulatih bola sepak Mesir, Hossam Hassan untuk menikmati percutian dengan tenang tidak kesampaian apabila dua isterinya terlibat dalam pergaduhan tarik rambut di hadapan khalayak ramai.

Menurut laporan, kejadian berlaku ketika jurulatih Piala Dunia 2026 itu sedang bercuti di kawasan pantai utara Mesir.

Suasana di sebuah bar hotel mewah dikatakan bertukar tegang apabila isteri pertamanya, Howaida Al-Gharbawi dan isteri keduanya, Dina ‘Dan Adam’ Mustafa mula bertengkar sebelum perselisihan itu menjadi pergaduhan fizikal.

Ahli keluarga kemudian cuba meleraikan kedua-duanya sebelum pihak keselamatan hotel dipanggil. Akibat kejadian itu, kedua-dua wanita berkenaan turut dilaporkan mengalami beberapa luka dan lebam.

Hossam dikatakan cuba meleraikan pergaduhan tersebut, namun pitam di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke hospital.

Menurut Sky News Arabia, peguam Hossam menafikan dakwaan bahawa anak guamnya mengalami masalah kesihatan, menyifatkannya sebagai khabar angin dan menegaskan Hossam berada dalam keadaan sihat.

A physical fight broke out between the two wives of Egypt national team manager Hossam Hassan at a North Coast hotel, escalating into a chaotic melee with family members and staff.… pic.twitter.com/2hhrb2ISzO

— ME24 – Middle East 24 (@MiddleEast_24) August 15, 2026

Artikel berkaitan: Jurulatih Dakwa Mesir Dizalimi Selepas Tewas Kepada Argentina, Apa Maksud Tanda ‘X’ Hossam Hassan?

Artikel berkaitan: Polis Siasat Kes Bekas Isteri & Isteri Pempengaruh Bergaduh

Isteri pertama kena cerai

Belum reda kisah pergaduhan tersebut, Hossam dilaporkan mengambil keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya, Howaida.

Menurut laporan, jurulatih itu telah menandatangani dokumen perceraian secara rasmi di pejabat pendaftar undang-undang di Kaherah.

Hossam dan Howaida sudah berkahwin selama beberapa dekad dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Screenshot 2026 08 19 120955

Sementara itu, peguam yang mewakili isteri kedua, Mohamed Shams berkata pihaknya sebelum ini berharap perkara itu tidak berakhir dengan perceraian.

Bagaimanapun, keadaan dikatakan sudah menjadi terlalu rumit sehingga membawa kepada perpisahan pasangan tersebut.

“Kami berharap perkara ini tidak berakhir dengan perceraian, tetapi keadaan sudah menjadi sehingga ke tahap ini,” ujarnya.

Shams turut mendakwa anak guamnya menjadi mangsa ‘serangan yang dirancang’ ketika percutian di sana.

Sementara itu, peguam keluarga Howaida enggan mengulas mengenai butiran perpisahan berkenaan dan berkata keluarga itu memilih untuk tidak memberikan kenyataan kepada media buat masa ini.

Hossam berkahwin dengan Dan Adam pada 2015 ketika masih bergelar suami kepada Howaida. Mereka kemudian berpisah seketika pada 2022 sebelum kembali berdamai.

Sumber: The Sun

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved