Seorang disahkan hamil, bapa durjana tergamak ‘ratah’ 2 anak gadis sendiri

12 Jul 2023 • 3:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang bapa sanggup ‘meratah’ anak-anak perempuannya sehingga ada yang hamil. Difahamkan, tindakan durjana yang dilakukan telah dibuat sejak tahun 2017 lagi.

Memetik laporan dari Harian Metro, lelaki berusia 53 tahun itu dipercayai telah merogol anak-anaknya yang berusia 12 dan 15 tahun sejak enam tahun lalu.

Salah seorang disahkan hamil

Lebih jijik lagi, salah seorang daripada mereka telah dirogol sejak berusia sembilan tahun dan dikatakan kerap dilakukan di rumah mereka di Jeram, Muar.

Difahamkan, dua beradik tersebut telah menjadi hamba seks bapanya dan kejadian terakhir berlaku pada awal bulan ini.

image is not available

Salah seorang disahkan hamil ketika pergi ke klinik

Perkara tersebut terbongkar selepas remaja perempuan berusia 15 tahun itu pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami sakit dada.

Sepanjang menjadi mangsa kerakusan bapa, mangsa langsung tidak menceritakan hal tersebut kepada sesiapa sehingga ia terbongkar memandangkan pegawai perubatan yang merawat mangsa mendapati gadis tersebut sedang hamil.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, satu laporan polis telah dibuat dan suspek telah ditahan semalam.

image is not available

Suspek direman seminggu bermula semalam. Polis sedang merekodkan keterangan mangsa untuk melengkapkan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan maksimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)