Seorang Wanita Ditahan Lepas Pandu Secara Berbahaya, Hampir Langgar Polis Trafik

LocalPolitics
18 Jan 2025 • 11:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita telah ditahan polis selepas dia memandu secara melulu dan berbahaya di persimpangan Jalan Imbi-Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Wanita yang berusia 38 tahun itu bukan sahaja memandu secara berbahaya, malah dia juga dilaporkan cuba melanggar anggota polis trafik yang mengarahkannya untuk berhenti.

Dia dipercayai cuba melanggar anggota trafik itu kerana mahu melarikan diri setelah enggan berhenti meskipun diarahkan untuk berbuat demikian.

Memetik laporan Sinar Harian, video tentang kejadian tersebut telah tular di media sosial beberapa hari lalu.

image is not available

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.15 petang beberapa hari lalu dan wanita tesebut juga telah memotong barisan laluan.

Wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis dan untuk siasatan lanjut, telah direman selama dua hari.

@mhmmdjuraih

Sister myvi tu ingat dia kebal kot. main langggaaaarrrr ja. Yang penting stand for abang trafik. Dia juga manusia.

♬ Round and Round Mingle Song Squid Game 2 – Chico Guerra

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.