“Seorang Kawan Pun Tiada. Dia Curahkan 100 Peratus, Dia Menghambakan Diri Dekat Saya & Anak”

LocalEntertainment
5 Mar 2025 • 12:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berita pemergian isteri usahawan terkenal, Ridz Okumura iaitu Akiko Okumura pada Jumaat lalu menjadi bualan di media sosial sehingga ke hari ini.

Menerusi live yang terbaru, Ridz atau Ridzuan berkongsi sepanjang 16 tahun hidup bersama, isterinya mempunyai sifat yang penyayang.

Selama 16 tahun, seorang kawan pun tiada, dia cuma ada mak dia sahaja. Dia tinggalkan semua itu. Dia pergi dekat saya, dia curahkan 100 peratus, dia menghambakan diri dekat abang dan anak dia.

image is not available

Meskipun masih terkejut dan masih cuba untuk kuat dengan kehilangan Akiko, Ridz bagaimanapun reda dengan pemergiannya.

Tapi Allah ambil juga dia. Saya terima dan reda sahaja tapi bila tengok anak saya tak kuat saya juga tak kuat sangat tapi saya cuba untuk kuat.

Jenazah Akiko Okumura telah selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor pada Sabtu lalu.

image is not available 4 hours ago

“Abang Masuk Bilik Tengok Tingkap Dah Terbuka” - Ridz Okumura Akui Terdengar Bunyi Dentuman Sebelum Tidur, Tapi...