Seorang lagi Adun Sabah ditahan

LocalPolitics
24 Jun 2025 • 9:57 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah yang disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM150,000 berkaitan pengeluaran lesen perlombongan di negeri ini.

Menurut sumber, suspek yang juga seorang Pembantu Menteri hadir di pejabat SPRM Sabah pada jam 9.30 pagi Isnin untuk memberikan keterangan sebelum ditahan.

Suspek berusia 40-an itu merupakan Adun ketiga yang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah dalam pengeluaran lesen perlombongan di Sabah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu antara 2023 dan 2024. Siasatan turut mendapati beliau disyaki meminta dan menerima kira-kira RM150,000 daripada seorang individu bergelar Datuk sebagai balasan bagi mempermudah urusan permohonan lesen perlombongan di negeri ini,” kata sumber berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbaharu itu.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Azam memaklumkan suspek telah dilepaskan dengan jaminan RM50,000 bersama seorang penjamin selepas selesai diambil keterangan dan akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Terdahulu, Azam dilaporkan berkata bahawa SPRM dijangka mendakwa tiga individu yang terlibat dalam siasatan berterusan di bawah Op Adun, termasuk dua Adun dan seorang orang awam, di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu sebelum hujung bulan ini.

Op Adun merupakan operasi yang dijalankan SPRM bagi menyiasat penglibatan wakil rakyat Sabah dalam pengeluaran lesen perlombongan di negeri ini.