Seorang Mangsa Didakwa Maut Akibat Melecur Insiden Paip Gas Di Putra Heights, Polis Sahkan Tiada Kematian!

6 Apr 2025 • 5:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kecoh di media sosial sejak semalam apabila tular dakwaan kononnya seorang mangsa maut akibat melecur dalam insiden kebakaran paip gas di Taman Putra Harmoni, Putra Heights.

Menurut laporan Kosmo, polis tampil menafikan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Tiada sebarang kematian direkodkan berhubung kejadian paip gas Putra Heights

image is not available

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat ketika dihubungi media menjelaskan bahawa tiada sebarang kematian direkodkan berkaitan insiden berkenaan.

Tak betul, tiada laporan diterima.

Sebelum ini, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Dhia mendakwa adik rakannya meninggal dunia akibat melecur dalam kejadian tersebut.

Tular tak semestinya benar?

image is not available

Dakwaan tersebut mendapat perhatian netizen apabila ia dimuat naik di ruangan komen dengan kapsyen menyentuh hati:

Adik kawan saya meninggal semalam akibat lecur daripada insiden Putra Height. Semoga adik terus kuat ye, moga Allah mudahkan dan lancarkan urusan kita semua.

Namun begitu, polis mengesahkan maklumat itu tidak benar dan menggesa orang ramai lebih bertanggungjawab ketika berkongsi maklumat di platform awam.

#ApaKataOhmedia

Tak semua yang tular di media sosial itu benar, ya! Sebelum sebarkan apa-apa info, pastikan kesahihannya dengan sumber rasmi. Jangan tambah beban keluarga mangsa dengan berita palsu.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


The post

appeared first on

.